Questions? +1 (202) 335-3939 Login
Trusted News Since 1995
A service for global professionals · Friday, May 23, 2025 · 815,520,640 Articles · 3+ Million Readers

iHerb Memperkenalkan California Gold Nutrition® BEAUTY

Rangkaian Produk Baharu Berjenama Sendiri Memperluaskan Penguasaan iHerb dalam Pendekatan Holistik Terhadap kecantikan dan Penjagaan Diri

/EIN News/ -- IRVINE, California, May 23, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- iHerb, sebuah syarikat yang menjadi destinasi global terkemuka dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, dengan bangganya mengumumkan pelancaran California Gold Nutrition® BEAUTY. Ia merupakan rangkaian penjagaan diri holistik baharu yang diperbuat daripada bahan premium yang menyokong kesejahteraan dari dalam ke luar. Jenama tersebut membuat penampilan sulung dengan koleksi khusus multivitamin untuk rambut serta produk penjagaan rambut yang rapi dan berprestasi tinggi, yang direka untuk menyokong rambut yang kuat dan sihat.

Sebagai produk iHerb berjenama sendiri yang terbesar dan paling dipercayai, California Gold Nutrition kini memperluaskan legasinya ke bidang kecantikan, mandian dan penjagaan diri pada saat industri kecantikan mengalami pertumbuhan pesat serta diunjurkan mencapai nilai global $1 trilion pada tahun 2025.* Rangkaian baharu ini mencerminkan falsafah “kecantikan dari dalam” secara menyeluruh, yang menggabungkan sokongan dalaman melalui suplemen yang dirumus oleh pakar dengan penjagaan luaran yang dipacu oleh bahan berkualiti tinggi dan bersih.

“Pelancaran California Gold Nutrition BEAUTY mewakili langkah besar dalam memajukan salah satu keutamaan strategik iHerb untuk terus mempertingkatkan pemilihan produk kami,” kata Lindsey Wiefels, Naib Presiden Kanan Barangan dan Pemasaran iHerb. “Rangkaian ini menawarkan cara yang mewah tetapi mampu milik untuk membolehkan pengguna di seluruh dunia mengamalkan rutin penjagaan diri yang berasaskan kesihatan, bermula dengan rambut yang kuat dan bersinar, disokong dari dalam ke luar.”

Dalam beberapa bulan akan datang, rangkaian California Gold Nutrition BEAUTY akan berkembang dan merangkumi koleksi penjagaan Kulit dan Badan yang menampilkan serum kaya kolagen, pelembap, balm penenang, serbuk minuman bertenaga dan pelbagai lagi. Ia bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam membina rutin penjagaan diri yang holistik.

Multivitamin Premium untuk Menyokong Kesihatan Rambut

Pelancaran rangkaian baharu itu merangkumi Hair Multivitamins for Women and Men khas, yang dibangunkan bersama Dr. Michael T. Murray yang berperanan sebagai Penasihat Saintifik Utama iHerb. Dengan harga runcit cadangan sekitar $34 untuk 120 kapsul sayuran, setiap formula yang komprehensif itu mengandungi vitamin, mineral dan nutrien penting, termasuk biotin berkepekatan tinggi. Ia juga dilengkapi Hair Dermal Complex yang mengandungi campuran tokotrienol, fitosterol, seramida dan ekstrak botani yang dipilih khusus untuk menyuburkan folikel rambut.**

  • Multivitamin Rambut Wanita – Dirumus khas untuk sokongan yang komprehensif, multivitamin ini membantu wanita memiliki rambut yang lebih lebat, panjang dan sihat.
  • Multivitamin Rambut Lelaki – Menyediakan alternatif berasaskan tumbuhan dengan kandungan vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan dan pertumbuhan rambut lelaki.

“Di iHerb, kami memahami bahawa kecantikan sejati bermula dari tahap sel. Dengan rangkaian California Gold Nutrition BEAUTY, kami telah menggabungkan biotin berkepekatan tinggi dengan bahan botani paling berkesan daripada alam semula jadi untuk menyokong kesihatan rambut,” kata Dr. Murray. “Formula ini direka untuk memberikan hasil yang positif tanpa menjejaskan keselamatan atau keaslian. Matlamat kami adalah untuk membantu individu berasa yakin dengan kecantikan semula jadi mereka yang terpelihara, berdaya tahan dan berseri.”

Dr. Michael Murray, seorang pakar yang diiktiraf dalam bidang perubatan semula jadi di peringkat global, baru-baru ini menyumbangkan artikel mendalam berasaskan bukti kepada iHerb Wellness Hub. Artikel tersebut menerokai sains di sebalik vitamin dan suplemen penting yang menyokong penyelesaian pertumbuhan rambut secara semula jadi.

Koleksi Penjagaan Rambut Dengan Infusi Botani

Koleksi penjagaan rambut topikal istimewa dilengkapi dengan Multivitamin Rambut yang diharumi bauan rosemary dan pudina yang menyegarkan untuk rutin harian yang menyenangkan. Setiap formula bebas daripada kekejaman terhadap haiwan dan tidak mengandungi paraben, sulfat, parafin, minyak mineral atau sebatian DEA. Dengan harga runcit cadangan sekitar $10 bagi setiap item, koleksi ini mengandungi:

  • Syampu Penguat – Membersihkan dan menyegarkan dengan biotin serta minyak kelapa dan minyak babasu yang berkhasiat, serta menghasilkan buih yang kaya dan menyerlahkan seri.
  • Perapi Penguat – Melembapkan secara mendalam dan melicinkan rambut serta menjadikannya lebih lembut, kuat, dan mudah diurus.
  • Masker Penguat Rambut – Rawatan intensif mingguan yang diperkaya dengan rosemary, minyak bijan, biotin, madu dan minyak kelapa untuk menyuburkan dan memulihkan rambut secara mendalam.
  • Minyak Penguat Rambut & Kulit Kepala – Formula lembut yang cepat menyerap, yang menyamankan kulit kepala serta meningkatkan kilauan rambut dengan aroma yang menyegarkan daripada daun teh dan pudina.

Untuk imej produk yang boleh dimuat turun untuk digunakan dalam kisah dan artikel media, sila layari https://brandfolder.com/iherb/pressassets

* Menurut data Nielsen IQ - https://nielseniq.com/global/en/insights/commentary/2025/the-global-beauty-edit-seeking-balance-for-growth-in-2025/

**Pernyataan ini belum dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat atau FDA. Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Perihal iHerb:

iHerb merupakan salah satu peruncit dalam talian terkemuka di dunia yang berdedikasi untuk menawarkan pilihan vitamin, mineral, suplemen serta produk kesihatan dan kesejahteraan lain yang tiada tandingannya, termasuk nutrisi sukan, kecantikan, mandian serta penjagaan diri, barangan runcit, penjagaan bayi dan haiwan peliharaan daripada lebih 1,800 jenama terkemuka. Disokong oleh pasukan tenaga kerja global yang terdiri daripada 3,000 ahli, iHerb menyediakan perkhidmatan kepada lebih 13 juta pelanggan global di 180 negara dalam 22 bahasa. Rangkaian logistik global iHerb yang canggih disokong oleh tujuh pusat pemenuhan terkawal iklim yang terletak di A.S. dan Asia, memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar dan boleh dipercayai kepada pelanggan. iHerb ditubuhkan pada tahun 1996 dan berpangkalan di Irvine, California, dan giat melaksanakan misi untuk menjadikan kesihatan dan kesejahteraan boleh diakses oleh semua orang. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari corporate.iherb.com dan ikuti iHerb di Facebook, Instagram dan TikTok.

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/05ad7000-78ce-4a48-b68d-e7c7ca04e228

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a8e90b90-4eb0-4c9a-8cca-2e90c639b573


Hubungi: press@iherb.com

Primary Logo

Powered by EIN News

Distribution channels: Media, Advertising & PR, Retail ...

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Submit your press release